

Program Cashless Society diadakan dengan meriah pada 16 Februari 2025 di NADI Felda Ijok, Selama, Perak. Program yang bertemakan ‘Mudah, Pantas, Selamat’ ini dianjurkan dengan kerjasama MCMC, Kementerian Komunikasi Malaysia, dan Kerajaan Negeri Perak. Seramai 133 orang yang hadir pada program ini.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan, termasuk pertandingan memasak ‘Menu Lauk Kampung’, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, kuiz interaktif, dan cabutan bertuah NADI. Para pengunjung turut berpeluang menyertai cabutan bertuah e-tunai, menikmati jualan barangan usahawan tempatan, serta mendapatkan khidmat nasihat kewangan dan keusahawanan.
Program ini bukan sahaja mempromosikan penggunaan transaksi tanpa tunai, malah turut menyediakan peluang bermain e-sport dengan hadiah menarik seperti PlayStation PS5. Melalui slogan ‘Bayar Tenang, Dijamin Senang’, program ini berjaya menarik perhatian komuniti setempat dalam memupuk amalan ekonomi digital yang lebih efisien dan selamat.
