Kisah Kejayaan – Digital Literasi
NAMA : ROFISAH BT ABDUL MALEK
UMUR : 42 TAHUN
PEKERJAAN : Pembantu Jurulatih PDK Felda Ijok dan berniaga online
TEMPAT :NADI FELDA IJOK
Kisah Kejayaan : Beliau sebelum ini adalah seorang suri rumah, juga seorang peniaga online yang berniaga secara kecil-kecilan di Felda Ijok dan sekitarnya. Baru-baru ini beliau telah berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai seorang Pembantu Jurulatih di Pemulihan dalam Komuniti atau lebih dikenali sebagai PDk di Felda Ijok. Dengan pekerjaan baru ini beliau berazam untuk menaik taraf hidup dalam memahirkan diri terhadap penggunaan komputer. Oleh hal yang sedemikian, demi merealisasikan azam tersebut beliau datang sendri ke NADI Felda Ijok untuk belajar menggunakan komputer dengan lebih mahir seperti mahir dalam menggunakan Microsoft Word dan Power Point kerana ia sangat diperlukan dalam membuat laporan di tempat kerja beliau. Sehingga kini, beliau masih mengikuti latihan dengan kakitangan NADI Felda Ijok. Beloau bersyukur dengan adanya NADI Felda Ijok sedikit sebanyak dapat membantu beliau dalam menjadi insan yang lebih maju dan seterusnya mencapai kejayaan pada masa akan datang.