mcmc
GaleriGaleri FotoGaleri VideoJadual AktivitiJadual Latihan & AktivitiLaporan Aktiviti

KELAS DILEA

Kelas DILEA di NADI merupakan program tuisyen terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Kelas ini memberi penekanan kepada subjek teras iaitu Matematik, Sains, Sejarah dan Bahasa Melayu bagi membantu pelajar meningkatkan kefahaman, penguasaan konsep serta prestasi akademik. Program ini dilaksanakan dalam suasana pembelajaran yang kondusif dan berfokus untuk menyokong kecemerlangan pelajar di peringkat sekolah menengah.