
Jom Sertai Program AI@NADI Peringkat NADI Negeri Sembilan!
Warga Negeri Sembilan dijemput hadir ke NADI berdekatan anda untuk mengikuti Program AI@NADI dan menerokai asas penggunaan teknologi AI dalam kehidupan harian, pembelajaran, pekerjaan serta perniagaan.
Tarikh: Sabtu, 13 Jun 2026
Masa: Bermula 9.30 pagi
Lokasi: NADI seluruh Negeri Sembilan
Majlis Perasmian Program AI@NADI Peringkat Negeri Sembilan akan disempurnakan oleh YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi pada jam 11.00 pagi di NADI Seri Menanti dan akan disiarkan secara langsung ke NADI seluruh Negeri Sembilan.
Hubungi NADI berdekatan anda untuk pendaftaran.
Layari www.nadi.my untuk mengetahui lokasi NADI berhampiran anda.