SEMBANG KOPI NADI x AIM
📅 Tarikh: 17 NOV 2025
⏰ Masa: 2.30 PETANG
📍 Tempat: DEWAN ORANG RAMAI FELDA IJOK
☕ Sembang Kopi NADI Bersama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
Sembang Kopi ini diadakan bagi memberi ruang santai untuk komuniti memahami peranan AIM serta peluang pembiayaan yang ditawarkan. Sesi ini juga menjadi platform untuk berkongsi pengalaman, bertanya soalan dan mendapatkan maklumat jelas mengenai perjalanan keusahawanan.
💬 Perkongsian & Dialog Santai
Melalui sesi ini, peserta berpeluang mendengar kisah inspirasi usahawan AIM, memahami proses pembiayaan, serta bertanya secara terus kepada pegawai AIM. Pendekatan santai ‘sembang kopi’ memudahkan peserta mendapatkan jawapan tanpa rasa segan.